“SAYA PERLU BAYAR ATAU TIDAK?”

Secara ringkasnya, soalan ini lebih menekankan pada isu siapa yang patut bayar, dan kenapa sesuatu syarat itu boleh berubah mengikut situasi?


Berdasarkan Akta Kontrak 1950 didalam Seksyen 135 hingga Seksyen 191 menggariskan secara khususnya peruntukkan undang-undang berkenaan agensi, termasuk takrifan, jenis-jenis kuasa, tanggungjawab ejen dan prinsipal serta penamatan agensi.

Boleh merujuk pada Seksyen 135 Akta Kontrak 1950 telah menyatakan ejen ialah seorang yang diambil kerja untuk membuat sesuatu tindakan bagi pihak seseorang atau untuk mewakili seseorang dalam berurusan dengan pihak ketiga, dan prinsipal tersebut ialah seseorang kepada sesiapa urusan itu dilakukan.


Apa yang dimaksudkan adalah, lihat pada siapa yang melantik dan memerlukan khidmat ejen tersebut, jika pembeli yang mempunyai kepentingan untuk melantik, maka yang akan membayar kos lantikan itu adalah pembeli.

✅ Contohnya, Ali selaku pembeli meminta bantuan jururunding (REN) bernama Abu untuk menguruskan pinjaman bank dan urusan pindahmilik, jadi Ali seharusnya dikenakan caj khidmat agensi, dan begitulah sebaliknya jika penjual pula yang melantik Abu.


TETAPI situasi boleh berubah jika korang sebagai pembeli tidak mahu keluarkan kos lantikan, ada beberapa cara yang boleh dipertimbangkan;

1. Boleh hubungi kenalan korang yang berdaftar SAHAJA, dibawah agensi hartanah yang sah untuk berurusan, sebab mereka sesama agensi lain ada networking untuk bekerjasama dan berkongsi senarai hartanah yang mahu dijual.

2. Boleh berurusan dengan selamat jika hartanah yang korang mahu beli itu sudah ada lantikan ejen yang berdaftar SAHAJA, dibawah agensi hartanah yang sah, mereka menguruskan bagi pihak penjual, kerana mereka telah dilantik dan akan dibayar oleh pihak penjual, duit deposit yang dibayar pun akan selamat melalui pembayaran ke agensi berdaftar.

Nak berurusan hartanah ini sifirnya mudah, cuma perlukan saluran yang betul supaya korang tak tertipu.


FIRDAUS HASHIM
📞 6010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashimADAKAH PEMBELI PERLU MEMBAYAR CAJ KHIDMAT PERUNDING HARTANAH? ( DO BUYER NEED TO PAY REAL ESTATE NEGOTIATOR? )