SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)
SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

PENGENALAN SJKP

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang mempunyai pendapatan tidak tetap dantidak mempunyai slip gaji seperti pekerja swasta, kerajaan, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji
  • Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00
PerkaraPenerangan
Tujuan PembiayaanPembiayaan gadai janji
Had PembiayaanSehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
Jenis PembiayaanPinjaman/pembiayaan bertempoh
Tempoh PembiayaanSehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
Jaminan PerlindunganJaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
Kadar Faedah/KeuntunganSeperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
DepositDeposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful


KELAYAKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
  • Pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM11,000 dan mampu membayar ansuran bualanan dengan had pembiayaan sehingga RM500,000

*CCRIS: Central Credit Reference Information System


CARA MEMOHON SJKP

  • Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP
  • Proses Skim Jaminan:
    1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
    2. Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
    3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan
    4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
    5. Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
    6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan
  • Dokumen diperlukan:
    1. Perjanjian asal Jual Beli/borang tempahan/resit bayaran muka
    2. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    3. Cukai Pendapatan/Penyata KWSP Terkini
    4. Surat pengesahan pekerjaan
    5. Salinan Kad Pengenalan pemohon
    6. Surat pengesahan majikan (jika ada)
    7. Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    8. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung


HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING / EJEN HARTANAH BERDAFTAR


FIRDAUS HASHIM
REN 39063
Legacy Real Property Sdn Bhd
Website: www.ejenhartanahkuantan.com
Facebook: Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Emel: ejenhartanahkuantan@gmail.com
H/P: 010-228 9202

Untuk melihat senarai hartanah, klik disini.

Sila klik butang untuk semak dan sah pendaftaran saya bagi mengelakkan anda ditipu oleh broker.

Che Muhammad Firdaus Che Hashim (REN 39063) sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Kredit:
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/sjkp.html
https://www.sjkp.com.my/skim-my/skim-hcgs