NOTARI AWAM LUAR NEGARA

NOTARI AWAM LUAR NEGARA

“Boleh ke klien duduk luar negara nak sign perjanjian jual beli (SPA) tanpa perlu balik ke Malaysia?”

Mestilah BOLEH. Bagi kes NOTARI AWAM ini, korang tak perlu khuatir dan paksa klien untuk balik semula ke Malaysia semata-mata mahu sign perjanjian, urusan boleh dipermudahkan, buat apa nak susahkan klien. Pihak peguam biasanya memberi pilihan, sama ada menasihati klien untuk sign saja di hadapan duta atau notari awam di negara berkenaan.

Apa pula ‘NOTARI AWAM’ ni ya?

Notari awam adalah orang yang diberi kuasa untuk membuktikan dan mengesahkan dokumen, biasanya adalah peguambela dan peguamcara. Boleh buat semakan senarai notari awam dinegara berkenaan dengan menghubungi jabatan peguam negara disana. TAPI bersiap sedia lah untuk KOS TINGGI yang bakal dikenakan ke atas klien.

Kalau ikutkan pengalaman file yang klien saya hadapi, sehelai muka surat dokumen dikenakan caj sebanyak RM63 ya, jadi bayangkan kalau SPA tu ada dalam 40 helai, jumlah perlu dibayar adalah RM2,520 fuhh! KOS ini BERBEZA bagi negara-negara dan setiap notari awam yang klien rujuk ya, tak sama semua.

FIRDAUS HASHIM
📞📞 6010-228 9202
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd

Kredit: Syazana Jaffary
https://meletopproperties.com/perjanjian-jual-beli-di-notari-awam-luar-negara/