Cara Beli Tanah Pertanian

Perkara asas yang ramai perlu tahu sebelum membeli tanah pertanian.

Cara Beli Tanah Pertanian Ada 6 yang ramai perlu tahu tentang sesuatu tanah :

1) Syarat dan jenis kegunaan tanah.

Ada banyak syarat yang dinyatakan di dalam geran seperti ; Dusun, tanaman jangka panjang, tanaman berkelompok, penternakan, getah, sawit, kelapa dan sebagainya. Sebelum beli, kena tahu apa pokok yang nak ditanam dan lihat kesesuaian kegunaan tanah.

2) Pindah milik.

Ada tanah tertentu khas untuk tempoh tertentu pindah milik.Contoh seperti tanah anugerah, tanah kelompok, tanah rizab melayu, tanah adat, tanah tol dan sebagainya. Semak syarat pindah milik sebelum beli. Semak di pejabat tanah sebelum sebarang transaksi dilakukan.

3) Sempadan.

Semak batu sempadan sebelum beli. Lantik juruukur. Sempadan sedia ada belum tentu muktamad. Ada batu sempadan yang dialihkan oleh orang kampung atau individu.Hakmilik sementara belum muktamad keluasannya. Sebelum buat pagar atau parit, check betul – betul sempadan dikhuatiri terlebih masuk tanah sebelah atau tanah rizab. Kos untuk mengalihkan adalah suatu kerugian.

4) Pemilik sekarang.

Tanah pusaka melibatkan banyak perkara sebelum selesai transaksi. Bilangan pemilik.Pemilik masih hidup.Pemilik yang meninggal. Faraid. Wasiat. Hibah. Saka yang ditinggalkan untuk menjaga kebun. Cagaran geran dan lain-lain.

5) Kerja tanah.

Ini yang ramai tak ambil port. Laluan mesin untuk ke tanah. Jenis mesin yang diperlukan. Kontraktor yang dibenarkan masuk. Perilaku orang kampung dan ketua kampung.

6) Infra asas.

Jika ada tiang tnb, semak voltage sebelum permohonan meter. Bukan semua permohonan diluluskan. Semak pressure air tnb. Bukan setiap permohonan diluluskan. Check laluan jalan PLB yang bakal disediakan pada masa akan datang..

Ada banyak lagi syarat asas dalam pembelian tanah pertanian. Saya kongsikan dalam artikel bahagian seterusnya. Terima kasih kerana membaca.

Beli tanah pertanian bukan keputusan yang mudah seperti membeli rumah. Ini kerana duit yang kita laburkan bakal terpendam lama di situ. Bagaimana sekiranya kita ingin menjual semula. Adakah boleh jual semula dengan mudah?


Berikut saya nyatakan faktor – faktor yang perlu diambil kira sekiranya kita ingin beli dan jual semula dengan mudah :

1) Selling point.

Selling point perlu ada sekiranya kita ingin beli. Letak tempat kita di tempat pembeli nanti. Contoh selling point ;- View- Bukit – tasik- kolam- lombong- sungai- hutan- waterfall- Sebelah rizab sungai, tnb, ktm dan lain- lain.

2) Added value.

Added value adalah beli untuk pelbagai kegunaan. Bukan satu kegunaan untuk pertanian sahaja. Tapi di masa akan datang boleh diolah menjadi :

  • Zoning kediaman
  • Chalet
  • Agrotourism
  • Homestay
  • Glamping
  • Resort

3) Infra asas.

Infra asas penting untuk menaikkan nilai hartanah pada masa hadapan.Infra seperti :

  • Rizab jalan
  • Tiang Tnb
  • Saluran paip besar Tnb

4) Infra semulajadi.

Infra semulajadi adalah anugerah alam yang boleh digunakan seperti :

  • Air bukit
  • Pencahayaan penuh matahari
  • Taburan hujan
  • Angin untuk pendebungaan
  • Air bawah tanah
  • Mineral (Permukaan).

5) Pemilikan geran.

Geran adalah step permulaan yang dilihat oleh pembeli sekiranya ingin menjual semula seperti :

  • Siap Pecah bahagian
  • Siap ukur halus
  • Siap faraid
  • Siap perintah mahkamah
  • Siap report jurukur
  • Siap pelan kontur.

Nampak seperti mudahkan untuk kita menjual semula? Bawa pembeli pergi ke pejabat tanah, sign borang 14A dan bayar harga belian. Tapi berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan pembeli semula? Jika cukup syarat di atas, insyallah, pembeli tiada masalah. Malah harga jualan pun lebih cantik dan menarik serta lebih lancar proses jualan.


Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING / EJEN HARTANAH BERDAFTAR


FIRDAUS HASHIM
REN 39063
Legacy Real Property Sdn Bhd
Website: www.ejenhartanahkuantan.com
Facebook: Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Emel: ejenhartanahkuantan@gmail.com
H/P: 010-228 9202

Untuk melihat senarai hartanah, klik disini.

Sila klik butang untuk semak dan sah pendaftaran saya bagi mengelakkan anda ditipu oleh broker.

Che Muhammad Firdaus Che Hashim (REN 39063) sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

To check the real estate negotiator is registered with LPPEH or not.

https://lppeh.gov.my/WP2016/