Tempoh atau Anggaran Masa Jual Beli Hartanah

TEMPOH MASA JUAL HARTANAH

Anggaran tempoh masa jual beli hartanah yang normal adalah selama tiga bulan, iaitu bermula selepas perjanjian jual beli ditandatangani oleh kedua-dua pihak penjual dan pembeli.

Namun begitu, sekiranya hartanah tersebut berstatus pajakan—sama ada pajakan mukim ataupun pajakan negeri—tempoh tiga bulan tersebut hanya bermula selepas kelulusan pindah milik dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah atau negeri.

Sebaliknya, bagi hartanah yang berstatus pegangan kekal, proses jual beli kebiasaannya tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan. Tambahan pula, sekiranya geran individu atau strata telah dikeluarkan, urusan jual beli akan menjadi jauh lebih lancar dan efisien.

Walau bagaimanapun, bagi hartanah yang masih berada di bawah geran induk (master title), proses pindah milik akan mengambil masa yang lebih lama kerana memerlukan kelulusan daripada pemaju. Sekiranya pemaju telah gulung tikar, kelulusan daripada liquidator diperlukan sebelum proses dapat diteruskan.


PROSES JUALAN HARTANAH

Daripada Pihak Penjual:

  1. Geran
  2. Perjanjian jual beli
  3. Cukai tanah
  4. Cukai pintu
  5. Salinan IC
  6. Bil maintenance

Daripada Pihak Pembeli:

  1. Payslip 3 bulan
  2. Bank statement 3 bulan
  3. EPF statement
  4. EA form
  5. Salinan IC
  6. ASB / Tabung Haji

PROSES PERMOHONAN PINJAMAN DAN PERJANJIAN

Selain itu, pembeli juga dikehendaki menyediakan duit tanda jadi (booking), kebiasaannya sebanyak 3% daripada harga belian. Booking ini memberikan jaminan kepada pembeli, kerana apabila penjual bersetuju dan menandatangani surat tawaran belian, penjual akan terikat secara sah dan tidak boleh membatalkan transaksi sesuka hati.

Seterusnya, setelah semua dokumen diperoleh dan surat tawaran belian ditandatangani kedua-dua pihak, ejen hartanah akan membantu dalam permohonan pinjaman perumahan. Proses kelulusan pinjaman biasanya mengambil masa 14 hari bekerja.

Apabila pinjaman diluluskan, pembeli akan menandatangani surat tawaran pinjaman, dan peguam akan menyediakan draf perjanjian jual beli (SNP). Dokumen ini biasanya ditandatangani dalam tempoh 7 hari bekerja. Setelah ditandatangani, SNP akan dimatikan stem dan menjadi dokumen sah yang mengikat kedua-dua pihak.


PROSES PINDAN MILIK DAN PEMBAYARAN

Langkah seterusnya ialah permohonan kelulusan pindah milik (consent) kepada pejabat tanah daerah atau negeri. Tempoh kelulusan biasanya mengambil masa sekitar 1 bulan.

Selepas itu, peguam akan membuat permohonan disbursement pertama untuk menyelesaikan baki hutang penjual dengan pihak bank. Setelah disbursement pertama selesai, barulah peguam memohon disbursement kedua, iaitu pembayaran baki harga jualan kepada penjual.

Pada peringkat ini, penjual perlu menyerahkan kunci rumah jika ingin mengambil cek baki harga jualan yang telah dimasukkan ke akaun klien.


KELEWATAN DAN LANJUTAN MASA

Sekiranya berlaku kelewatan dalam proses jual beli—sama ada dari pihak pembeli atau penjual—tempoh lanjutan (extension) selama 30 hari dibenarkan. Namun begitu, pihak yang menyebabkan kelewatan tersebut perlu membayar penalti atau denda sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian jual beli.

>>> NAK BELI HARTANAH <<<
>>> NAK BELI HARTANAH <<<


>>> NAK JUAL HARTANAH <<<
>>> NAK JUAL HARTANAH <<<


>>> NAK SEMAK NILAI HARTANAH <<<
>>> NAK SEMAK NILAI HARTANAH <<<


Hubungi saya jika ada sebarang persoalan berkaitan hartanah.

Firdaus Hashim
REN 39063Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2289202
Email: ejenhartanahkuantan@gmail.com
FB Page: Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan – Pahang

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/tempoh-masa-jual-beli-hartanah-kediaman/