“PUAN, DUIT SAYA DAH KENA TOLAK BAYAR RUMAH, TAPI SAYA TAK DAPAT KUNCI LAGI.”

PINJAMAN DAH MULA BAYAR KUNCI TAK DAPAT
Antara situasi yang perlu dihadapi dan perlu difahami pihak pembeli, kenapa pinjaman dah mula bayar tapi kunci tak dapat lagi?
1⃣ Pihak bank berhak menuntut pembeli membuat sebahagian bayaran ansuran bulanan pinjaman seperti yang tertakluk dalam Surat Tawaran Pinjaman (LO).
2⃣ Pihak pembeli masih belum berhak mendapatkan kunci rumah tersebut kerana pendaftaran hakmilik ke atas nama pembeli masih belum dapat dilaksanakan di pejabat tanah sewaktu ini.
3⃣ Pihak penjual berhak untuk tidak menyerahkan milikan kosong rumah kepada pembeli kerana penjual masih belum menerima sepenuhnya bayaran harga jual tersebut dari bank pembeli.
Kesimpulan disini, secara asasnya pihak pembeli tiada hak untuk menuntut mendapatkan kunci awal, malahan tiada hak untuk menduduki atau membuat sebarang renovasi rumah selagi masih belum sempurna urusan pengeluaran pinjaman.
Namun, semuanya atas budibicara pihak penjual jika diberikan keizinan, dan kedua-dua belah pihak telah setuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan jika ada.
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING / EJEN HARTANAH BERDAFTAR
FIRDAUS HASHIM
REN 39063
Legacy Real Property Sdn Bhd
Website: www.ejenhartanahkuantan.com
Facebook: Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Emel: ejenhartanahkuantan@gmail.com
H/P: 010-228 9202
Untuk melihat senarai hartanah, klik disini.
Sila klik butang untuk semak dan sah pendaftaran saya bagi mengelakkan anda ditipu oleh broker.
Che Muhammad Firdaus Che Hashim (REN 39063) sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
