PERBEZAAN ANTARA PECAH SEMPADAN DAN BAHAGIAN TANAH

Pernah tak dalam pengalaman korang sebelum ini dapat soalan berkaitan ini, macam mana nak buat pecah tanah?
Untuk permulaan, kenalpasti dulu apa yang dimaksudkan orang tersebut, sama ada mahu buat pecah sempadan atau pecah bahagian, sebabnya bahasa pemahaman orang luar tak sama dengan pemahaman sebenar mengikut undang-undang.
Berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dibawah Seksyen 135-139 ada menyatakan berkenaan Pecah Sempadan Tanah (Sub-division) ini.
‘Sub-division’ ini merupakan tanah bersama beberapa nama dibawah satu hakmilik yang kemudian dipecahkan sempadan ke hakmilik berasingan yang baru. Setiap pecahan yang dibuat tersebut mempunyai nama pemilik dan bahagian yang sama seperti tertera pada hakmilik asal sebelum ini.
✅ Contohnya :
Tanah Lot XY kemudian dipecah sempadankan menjadi A1, A2, A3 dan A4 yang bertukar tiap hakmilik tapi masih pembahagian dan nama sama dari yang asalnya tersebut.
Berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dibawah Seksyen 140-145 pula menyatakan berkenaan Pecah Bahagian (Partition) ini.
‘Partition’ ini merupakan tanah bersama beberapa nama dibawah satu hakmilik yang kemudian dipecah bahagikan ke hakmilik berasingan yang baru. Setiap pecahan yang dibuat tersebut mempunyai hakmilik pendaftaran yang berbeza bagi tiap pemilik yang ada.
✅ Contohnya :
Tanah Lot XY kemudian dipecah bahagikan menjadi A1, B2, C3 dan D4 yang ditukar mengikut keluasan pembahagian bagi setiap orang yang mempunyai pendaftaran hakmilik yang berbeza.

Harap membantu sedikit pemahaman berkenaan isu PERBEZAAN ANTARA PECAH SEMPADAN DAN BAHAGIAN TANAH, boleh rujuk gambar di atas.
FIRDAUS HASHIM
📞 6010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim
Kredit: www.meletopproperties.com