Ramai orang tengok harga rumah RM300,000 terus fikir, β€œGaji aku lepas ke tak?” πŸ˜…

Sebenarnya sebelum cari rumah, kita boleh buat anggaran kelayakan pinjaman terlebih dahulu.

Antara perkara utama yang bank akan lihat ialah DSR – Debt Service Ratio, iaitu berapa banyak daripada pendapatan bulanan kita sudah digunakan untuk membayar hutang.

1️⃣ KENAL PASTI PENDAPATAN BERSIH

Contoh:

Gaji bersih selepas EPF, SOCSO, PCB dan potongan berkaitan:

RM5,000 sebulan

2️⃣ SENARAIKAN SEMUA KOMITMEN BULANAN

Contohnya:

πŸš— Kereta: RM700
πŸŽ“ PTPTN: RM150
πŸ’³ Kad kredit: RM100

Jumlah komitmen:

RM950 sebulan

Komitmen seperti pinjaman kereta, personal loan, housing loan, kad kredit, PTPTN dan sesetengah komitmen ansuran lain boleh memberi kesan kepada kelayakan.

3️⃣ KIRA DSR

Formula mudah:

DSR = Jumlah Komitmen Γ· Pendapatan Bersih Γ— 100

RM950 Γ· RM5,000 Γ— 100

= 19% DSR semasa

Semakin rendah DSR, biasanya semakin banyak ruang bagi kita untuk mengambil komitmen pinjaman rumah.

4️⃣ ANGGARKAN RUANG UNTUK ANSURAN RUMAH

Sebagai contoh kiraan sahaja, kita gunakan DSR 60%.

RM5,000 Γ— 60%
= RM3,000

Tolak komitmen sedia ada:

RM3,000 βˆ’ RM950
= RM2,050

Jadi secara kasar, terdapat sekitar RM2,050 ruang komitmen bulanan untuk pinjaman baru.

Daripada jumlah inilah kita boleh buat anggaran berapa harga rumah yang sesuai berdasarkan kadar pembiayaan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman.


🏑 Kalkulator Kelayakan Pinjaman Rumah

Anggaran kelayakan pembiayaan perumahan Malaysia 2026


⚠️ Tapi kena ingat: DSR bukan satu-satunya penentu kelulusan pinjaman / loan.

Bank juga boleh melihat:

βœ… Rekod CCRIS
βœ… CTOS / rekod kredit
βœ… Jenis dan kestabilan pekerjaan
βœ… Tempoh bekerja
βœ… Umur pemohon
βœ… Pendapatan tetap atau tidak tetap
βœ… Komitmen sedia ada
βœ… Harga dan jenis hartanah
βœ… Margin pembiayaan
βœ… Tempoh pinjaman

Sesetengah bank juga mempunyai kaedah pengiraan dan tahap DSR yang berbeza mengikut pendapatan serta profil pelanggan.

Sebab itu jangan terus buat kesimpulan:

β€œGaji RM5,000 mesti boleh beli rumah RM500,000.”

Belum tentu.

Dua orang dengan gaji yang sama boleh mempunyai kelayakan pinjaman yang sangat berbeza kerana komitmen dan rekod kewangan mereka tidak sama.

🏑 Sebelum survey rumah, buat semakan kelayakan dahulu.

Bila dah tahu anggaran kemampuan, lebih mudah kita cari rumah dalam range yang betul dan mengelakkan dari buang masa booking rumah yang mungkin melebihi kemampuan pembiayaan.

#PinjamanPerumahan #KelayakanLoanRumah #TipsBeliRumah #HartanahMalaysia #LoanRumah2026

MACAM MANA NAK KIRA KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH TAHUN 2026?

πŸ“² WhatsApp Firdaus Hashim: 010-228 9202
REN39063
Legacy Real Property Sdn Bhd