TEMPOH PERLINDUNGAN INSURANS RUMAH

Semalam semasa perbincangan, kami dihujani dengan soalan hangat sesama REN mengenai nasib si janda. Dia terkesan kerana terpaksa menanggung hutang rumah selepas kematian suaminya. Siapa nak bela nasib si janda tersebut? Nahh.

Mulanya kita perlu faham, diantara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA) mana yang terbaik sebenarnya? Sebelum itu, saya jelaskan dulu apa maksud dua perlindungan ini ya, jom!

MRTA merupakan pelan insurans hayat yang nilai perlindungannya akan berkurangan dari semasa ke semasa.

MLTA pula nilai perlindungannya dijamin tetap, dari semasa ke semasa.

Perbezaan MRTT & MLTT
Perbezaan MRTT & MLTT


Bayaran premium insurans yang terlibat adalah bergantung pada faktor usia, gaya hidup, jumlah pinjaman yang diinsuranskan, dan tempoh pembayaran balik gadai janji.

Contohnya :
Umur peminjam = 28 tahun
Jumlah pinjaman rumah = 600k
Tempoh pinjaman = 30 tahun
Kadar faedah katakan = 6%

Kiraan premium untuk MRTA
= RM14,034.60 (dimasukkan dalam pembiayaan bank) atau RM467.82 (tahunan)
Jumlah keseluruhan = RM14,034.60

Kiraan premium untuk MLTA
= RM4,897.80 (tahunan) atau RM408.15 (bulanan)
Jumlah keseluruhan = RM146,934

Kesimpulan untuk situasi ini, MLTA adalah lebih mahal berbanding MRTA, jadi lebih berbaloi untuk ambil MRTA saja.

Namun, jika anda bertanya mana satu yang menawarkan perlindungan yang lebih baik, jawapan adalah, MLTA menawarkan perlindungan yang lebih baik berbanding MRTA kerana jumlah yang diinsuranskan tetap sama sepanjang tempoh.

Ok, sekarang kita lihat pula, kenapa kadar tempoh perlindungan pula adalah tidak tetap dan kadang tidak setara dengan tempoh pinjaman yang diberikan?

Sebab yang pertama, kita kena lihat faktor umur yang mempengaruhi keadaan.

Contohnya :
Umur peminjam = 42 tahun
Tempoh pinjaman = 25 tahun

Bayangkan umur sekarang ditambah dengan 25 tahun akan datang, berapa umur peminjam pada masa tersebut? Adakah berbaloi untuk pihak insurans lanjutkan perlindungan untuk orang yang berisiko? Dari segi pandangan mereka, tentulah tidak, mana ada institusi perlindungan yang mahu ‘sedekahkan’ duit dengan mudah. Simple.

Sebab yang kedua, kita kena lihat dari sudut kadar pembiayaan yang ditawarkan.

Contohnya :
Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah 90% +5%

Jumlah 5% itu termasuklah legal fee loan, penilaian bank dan perlindungan insurans, jadi pihak bank kenalah adjust sikit ikut keperluan peminjam, dan situasi ini mungkin akan menyebabkan jumlah perlindungan insurans anda terpaksa direndahkan jumlahnya.

Oh ya, lagi satu, tidaklah WAJIB untuk anda ambil MRTA dengan pihak bank, tapi disarankan untuk ambil juga jika anda buat full loan ya! Kalau kurang dari itu, boleh berbincang dengan pihak bank anda supaya tidak ambil, dengan syarat MLTA anda cukup cover semua! Cuma kes ini adalah sangat jarang untuk pihak bank lepaskan.

Apa yang saya sampaikan disini hanyalah sebahagian isu dari segi perlindungan rumah, belum masuk lagi bab perbezaan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) ya?
Bagi umat Islam, saya sangat galakkan untuk ambil Takaful yang lebih Islamik berbanding insurans yang berkonsepkan konvensional.


FIRDAUS HASHIM
📞 010-228 9202
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Legacy Real Property Sdn Bhd
Kuantan

Kredit: Syazana Jaffary
https://meletopproperties.com/kenapa-tempoh-perlindungan-insurans-atau-takaful-rumah-saya-singkat/