Salah satu sebab tergerak hati untuk buat sharing ini supaya dapat create awareness untuk masyarakat di luar sana khususnya umat Islam, walaupun sekarang saya tak ada kaitan dengan jual insurans.
.
.
Hari ini saya sambungkan lagi sedikit info berkenaan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) ok, dan kenapa Islam WAJIBKAN anda ambil TAKAFUL berbanding INSURANS, sedia buka minda. Jom!
.
.
MRTT adalah perlindungan Takaful yang berkurangan mengikut tempoh pembiayaan perumahan anda.
.
.
MLTT adalah perlindungan Takaful yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan perumahan anda.
.
.
Bagaimana kiraan dan konsep dua jenis ini, sila fahami posting saya sebelum ini, hari ini saya cuma ringkaskan saja kenapa perlu memilih Takaful.
.
.
Perbezaan antara Takaful dan Insurans adalah berkaitan seperti berikut :

  1. Akad
  2. Gharar
  3. Riba
  4. Maisir
    .
    .
    Takaful melibatkan akad sedekah, bantu membantu.
    Tiada unsur yang tertera dalam Takaful sebab akad Takaful adalah sedekah.
    .
    .
    Dalam Takaful juga, kita panggil CARUMAN kerana bertetapan dengan konsep sedekah yang dibawa.
    .
    .
    Melalui konsep sedekah ini dapatlah sesama kita bantu-membantu disaat pencarum lain dalam kesusahan, sama juga dikala kita susah nanti.
    .
    .
    Kesimpulan disini, kedua-dua produk MRTT dan MLTT ini adalah berlandaskan Syariah, cuma untuk pilihan mana satu yang terbaik, lihat semula penjelasan saya sebelum ini di link bawah.
    ‼️‼️ PART 1 MRTA VS MLTA
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225315973356300&id=1531868648
    .
    .
    Maksudnya, untuk mudah difahami, lihat saja MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT ok, korang ingat saja konsep “R” iaitu Reducing dan “L” iaitu Leveling, dan yang selebihnya kenalpasti saja dua ini, mana konvensional dan yang mana patuh Syariah.
    .
    .
    Sila check semula polisi yang korang ambil sebelum ini sama ada Takaful ataupun bukan.
    .
    .
    Rasulullah SAW pernah bersabda;
    وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
    Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
    .
    .
    FIRDAUS HASHIM
    📞📞 6010-2289202
    Website : www.ejenhartanahkuantan.com
    FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
    Legacy Real Property Sdn Bhd
    Kuantan


    Kredit: SyazanaJaffaryLegacy
    https://meletopproperties.com/mortgage-reducing-term-takaful-mrtt-vs-mortgage-level-term-takaful-mltt/