SALAH FAHAM RUJUK LOKASI PENDAFTARAN HAKMILIK (GERAN) DI PEJABAT TANAH

Dulu pernah saya ingin berurusan di pejabat tanah daerah, hampir sejam lebih menunggu, kemudian ada seorang pakcik ini lama beratur, saja tegur ada urusan apa dan saya lihat gerannya pajakan negeri, saya meminta pakcik itu rujuk terus ke pejabat tanah dan galian.

Ok macam ini, Pejabat Tanah & Galian (PTG) hanya ada SATU sahaja bagi tiap negeri, manakala Pejabat Tanah Daerah (PTD) terletak di setiap daerah dalam negeri, jadi sebelum berurusan, kenalpasti dulu hakmilik yang anda ada itu.

Macam mana caranya untuk pastikan anda tidak tersilap lokasi dan tidak membuang masa anda, contohnya untuk membuat carian?

✅ Boleh rujuk di Pejabat Tanah & Galian (PTG) jika mempunyai jenis hakmilik seperti berikut;

Geran (GRN), Pajakan Negeri, Hakmilik Sementara Daftar (H.S.D)

✅ Boleh rujuk di Pejabat Tanah Daerah (PTD) jika mempunyai jenis hakmilik seperti berikut;

Geran Mukim, Pajakan Mukim, Hakmilik Sementara Mukim (H.S.M), Extract Mukim Regist (E.M.R)

Semoga perkongsian tentang pendaftaran hakmilik geran ini membantu kekeliruan anda selama ini, dan next posting saya akan terangkan sedikit kategori hakmilik mana yang tidak boleh dipecah sempadan, berkaitan dengan sambungan posting saya sebelum ini.


FIRDAUS HASHIM
📞 6010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim