Panduan Lengkap Menjadi Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia

Bina Kerjaya Dalam Industri Hartanah Bersama Legacy Real Property

Ingin menjana pendapatan melalui bidang hartanah tetapi tidak pasti bagaimana hendak bermula?

Di halaman ini, anda akan mengetahui segala yang perlu diketahui tentang kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia, termasuk syarat kelayakan, proses pendaftaran, kos, potensi pendapatan dan bagaimana anda boleh memulakan kerjaya bersama Firdaus Hashim (REN 39063) daripada Legacy Real Property Sdn. Bhd.


✅ Anda akan belajar tentang:

Legacy Real Property Sdn Bhd Agensi Hartanah Berdaftar 

Apa itu REN 
Syarat menjadi REN 
Proses pendaftaran LPPEH
Simulasi komisen
Latihan dan bimbingan
FAQ lengkap
Cara memohon
mohon jadi ren ejen hartanah berdaftar real estate negotiator legacy real property

Real Estate Negotiator atau lebih dikenali sebagai REN ialah individu yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) untuk membantu urusan jual beli, sewaan dan pemasaran hartanah di bawah seliaan sebuah firma ejen hartanah yang berdaftar.

REN tidak boleh beroperasi secara sendiri. Mereka perlu bernaung di bawah seorang Probationary Estate Agent (PEA) atau Estate Agent (Ejen Hartanah Berdaftar) yang memiliki lesen sah daripada LPPEH.


Antara tugas seorang REN ialah:

Mencari pemilik yang ingin menjual hartanah.

Membantu pembeli mencari rumah yang sesuai.

Menjalankan pemasaran hartanah.

Menguruskan pertanyaan pelanggan.

Mengatur sesi lawatan rumah.

Berunding harga antara penjual dan pembeli.

Mengurus dokumentasi asas sehingga urusan jual beli selesai.

Perbezaan REN, PEA dan Ejen Hartanah

REN Real Estate Negotiator
✅ Berdaftar di bawah LPPEH sebagai Real Estate Negotiator.

✅ Bekerja di bawah seliaan sebuah firma ejen hartanah berdaftar.

✅ Membantu urusan jual beli, sewaan dan pemasaran hartanah.

✅ Menerima pendapatan melalui komisen berdasarkan transaksi yang berjaya.

✅ Tidak boleh membuka firma ejen hartanah sendiri.

🎓 PEA (Probationary Estate Agent)

✅ Sedang menjalani latihan profesional untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.

✅ Dalam proses memenuhi syarat kelayakan LPPEH.

✅ Mengurus operasi yang lebih luas berbanding REN.

✅ Menuju ke arah memperoleh lesen penuh sebagai Estate Agent.

✅ Belum boleh membuka firma sendiri sehingga memperoleh lesen penuh.

🏢 Ejen Hartanah Berdaftar (Estate Agent)

✅ Memiliki lesen penuh daripada LPPEH.

✅ Boleh membuka dan mengurus firma ejen hartanah sendiri.

✅ Bertanggungjawab terhadap operasi dan pematuhan firma.

✅ Menyelia REN dan PEA yang bernaung di bawah firma.

✅ Bertanggungjawab memastikan semua urusan hartanah mematuhi undang-undang serta garis panduan LPPEH.

Legacy Real Property Sdn Bhd Agensi Hartanah Berdaftar

Profesion ini terbuka kepada pelbagai latar belakang.

Siapa Yang Sesuai Menjadi REN? Profesion ini terbuka kepada pelbagai latar belakang. Antaranya: 
✅ Kakitangan kerajaan (part-time tertakluk kepada peraturan majikan) 
✅ Kakitangan swasta 
✅ Fresh graduate 
✅ Suri rumah 
✅ Pesara 
✅ Usahawan 
✅ Individu yang mahu pendapatan sampingan 
✅ Individu yang ingin menjadikan hartanah sebagai kerjaya sepenuh masa 
✅ Mereka yang suka berjumpa orang 
✅ Mereka yang berminat dalam jualan dan pemasaran

Legacy Real Property Sdn Bhd Agensi Hartanah Berdaftar

Tidak kira sama ada anda mempunyai pengalaman atau tidak, latihan dan bimbingan yang betul boleh membantu anda membina kerjaya dalam industri ini.


Pendapatan seorang REN bergantung kepada usaha, kemahiran dan jumlah transaksi yang berjaya diselesaikan.

Tiada jaminan pendapatan, namun profesion ini menawarkan potensi komisen yang menarik kepada mereka yang konsisten membina kerjaya.


Contoh 1
Harga rumah : RM300,000
Komisen agensi (contoh): 3%
Jumlah komisen kasar: RM300,000 × 3% = RM9,000

Komisen yang diterima oleh REN bergantung kepada struktur pembahagian komisen yang ditetapkan oleh agensi.


Bahagian sebenar yang diterima oleh REN bergantung kepada polisi agensi dan prestasi individu.

SIMULASI PENDAPATAN REN

Kalkulator Komisyen Hartanah

Kira anggaran potensi komisyen berdasarkan harga hartanah, kadar komisen dan jumlah transaksi yang berjaya ditutup.

RM500,000
RM100K RM3 Juta
3%
1% 3%
70%
30% 100%
3 Closing
1 10 Closing
ANGGARAN KOMISYEN 1 CLOSING
RM10,500
POTENSI SEBULAN
RM31,500
POTENSI SETAHUN
RM378,000

Berminat Nak Jadi REN?

Nak tahu cara bermula, latihan yang disediakan dan bagaimana nak bina kerjaya dalam bidang hartanah?

WhatsApp Firdaus Sekarang

*Kalkulator ini adalah untuk tujuan simulasi dan pendidikan sahaja. Jumlah sebenar bergantung kepada kadar fi profesional, struktur pembahagian komisen, polisi agensi, kos berkaitan dan transaksi yang berjaya diselesaikan.

Nota: Simulasi ini hanyalah contoh bagi tujuan penerangan dan bukan jaminan pendapatan.


Legacy Real Property Sdn Bhd Agensi Hartanah Berdaftar.

Proses Menjadi REN Langkah 1 Isi borang permohonan. Langkah 2 Sesi temuduga ringkas. Langkah 3 Menghadiri kursus dan taklimat. Langkah 4 Pendaftaran sebagai REN di LPPEH. Langkah 5 Terima Tag REN. Langkah 6 Mula memasarkan hartanah. Langkah 7 Membina kerjaya sebagai REN.

Apabila anda menyertai pasukan kami, fokus kami bukan sekadar merekrut REN baharu tetapi membantu anda membina kerjaya yang lebih teratur.

Panduan Lengkap Menjadi Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia.

Antara sokongan yang disediakan: 
✅ Coaching secara berkala 
✅ Training mingguan 
✅ Mentor berpengalaman 
✅ SOP jual beli hartanah 
✅ SOP Closing 
✅ Database pelanggan 
✅ Marketing support 
✅ Template iklan 
✅ Template copywriting 
✅ Group WhatsApp 
✅ Perkongsian listing 
✅ Bimbingan penggunaan portal hartanah 
✅ Panduan Facebook Marketing ✅ Panduan Google Marketing ✅ Bantuan semasa kes pertama ✅ Networking bersama ejen lain ✅ Perkongsian ilmu secara berterusan

Panduan Lengkap Menjadi Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia

Saya, Firdaus Hashim (REN 39063), memulakan kerjaya sebagai Real Estate Negotiator kerana percaya bahawa bidang hartanah bukan sekadar menjual rumah, tetapi membantu orang ramai memiliki kediaman impian, beri ilmu pengetahuan tentang hartanah dan membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

Sepanjang menjadi REN bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd., saya telah membantu ramai pembeli dan penjual menguruskan urusan hartanah dengan lebih teratur.

Pengalaman ini juga membolehkan saya membimbing individu baharu yang ingin memulakan kerjaya sebagai REN melalui perkongsian ilmu, latihan dan sokongan yang berterusan.

Matlamat saya adalah untuk membantu lebih ramai individu membina kerjaya yang profesional, beretika dan berdaya saing dalam industri hartanah Malaysia.


FAQ REN. 

1. Apa itu REN?

REN ialah Real Estate Negotiator yang berdaftar di bawah LPPEH.

2. Siapa boleh menjadi REN?

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LPPEH dan agensi.

3. Berapa umur minimum?

Mengikut syarat semasa LPPEH.

4. Perlu SPM?

Ya, tertakluk kepada syarat semasa LPPEH.

5. Perlu pengalaman?

Tidak semestinya.

6. Ada latihan?

Ya.

7. Berapa kos untuk menjadi REN?

Kos bergantung kepada yuran kursus, pendaftaran dan keperluan agensi.

8. Berapa lama proses?

Kebiasaannya beberapa minggu sehingga pendaftaran LPPEH selesai.

9. Boleh kerja part-time?

Ya, tertakluk kepada polisi agensi dan majikan.

10. Boleh kerja full-time?

Ya.

11. Ada basic salary?

Kebiasaannya tiada. Pendapatan adalah melalui komisen.

12. Komisen siapa bayar?

Dibayar melalui agensi berdasarkan transaksi yang berjaya diselesaikan.

13. Boleh jual rumah subsale?

Ya.

14. Boleh jual projek baharu?

Ya.

15. Boleh jual tanah?

Ya.

16. Boleh urus rumah sewa?

Ya.

17. Perlu ada kereta?

Digalakkan tetapi tidak wajib.

18. Perlu laptop?

Digalakkan.

19. Perlu daftar SSM?

Tidak.

20. Ada target jualan?

Bergantung kepada agensi.

21. Boleh tukar agensi?

Ya, mengikut prosedur LPPEH.

22. Boleh buka agensi sendiri?

Tidak selagi masih berstatus REN.

23. Apa beza REN dan PEA?

PEA sedang menjalani latihan profesional ke arah lesen penuh, manakala REN ialah perunding hartanah berdaftar yang bernaung di bawah agensi.

24. Apa beza REN dan Ejen Hartanah?

Ejen Hartanah mempunyai lesen penuh dan boleh mengendalikan firma sendiri.

25. Siapa keluarkan tag REN?

LPPEH.

26. Adakah kerja REN fleksibel?

Ya.

27. Perlu hadir ke pejabat setiap hari?

Bergantung kepada keperluan agensi.

28. Adakah kerjaya ini sesuai untuk pesara?

Ya.

29. Apa cabaran menjadi REN?

Membina rangkaian pelanggan, konsisten dalam pemasaran dan meningkatkan kemahiran rundingan.

30. Bagaimana saya hendak memohon?

Klik butang WhatsApp di bawah dan hubungi Firdaus Hashim untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jika anda sedang mencari peluang kerjaya yang fleksibel, mempunyai potensi pendapatan melalui komisen dan ingin membina masa depan dalam industri hartanah, kami sedia membantu anda memulakan langkah pertama.

Firdaus Hashim
010-228 9202
Real Estate Negotiator (REN 39063)
Legacy Real Property Sdn. Bhd.

Panduan Lengkap Menjadi Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia


Klik WhatsApp sekarang dan saya akan terangkan proses menjadi REN secara percuma.