Pada pandangan saya, lokasi hartanah yang berpotensi tinggi untuk ‘investment’ atau ‘own stay’ di sekitar Kuantan adalah seperti berikut:

LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

INDERA MAHKOTA

  • INDERA MAHKOTA (secara amnya seluruh kawasan Indera Mahkota atau lebih dikenali sebagai IM. Kerana kawasan sekitar ini boleh dikatakan lebih matang berbanding kawasan yang lain. Kawasan persekitaran lengkap dengan fasiliti serta menjadi kawasan tumpuan untuk investment. Lokasi ini amat strategik di mana ia berdekatan dengan bandar Kuantan, mempunyai kemudahan asas yang lengkap, berdektatan dengan agensi kerajaan, sekolah, hospital dan lain-lain)
LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN
Indera Mahkota Kuantan

BALOK

  • BALOK (kawasan ini juga boleh dikatakan kawasan pinggir bandar Kuantan yang sesuai untuk investment kerana berdekatan dengan Pelabuhan Kuantan, Pusat Perindustrian Gebeng, Pesisir Pantai dan juga akses yang dekat dengan bandar Kuantan. Lokasi juga berdekatan dengan pesisir pantai yang menyebabkan permintaan di kawasan ini lebih tinggi)
LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN
Balok Kuantan

INDERA SEMPURNA

  • INDERA SEMPURNA (terletak di pinggir bandar juga, namun berhampiran dengan kemudahan asas serta bandar Kuantan. Ramai yang memilih kawasan ini untuk duduk sendiri ataupun pelaburan dek kerana suasana persekitaran dan mempunyai komuniti yang baik. Akses ke bandar kuantan dan bandar Pekan lebih cepat berbanding kawasan lain)
LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN
Indera Sempurna Kuantan

TAMAN TAS

  • TAMAN TAS (Boleh dianggap sebagai pekan kecil di mana penduduk sekitar boleh mendapatkan kemudahan seperti kawasan yang berdekatan dengan bandar Kuantan. Ia menjadi kawasan tumpuan sebagai pelaburan kerana kawasan sekitar lengkap dengan kemudahan asas. Berdekatan dengan universiti, sekolah dan lain-lain)
LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN
Taman Tas Kuantan

KOTASAS

  • KOTASAS (Komuniti VIP & VVIP tertumpu pada kawasan ini kerana kawasan ini bakal menjadi bandar Kuantan yang baharu. Pertambahan projek yang pesat di kawasan ini juga menunjukkan bahawa kawasan ini bakal menjadi pusat yang baru. Lokasi perumahan ‘gated’ dan ianya berdekatan dengan stesen ECRL yang sedang dibina. Pejabat Kerajaan Negeri juga akan berpusat di sekitar perumahan ini dan ianya sudah pasti akan menjadi tumpuan ramai dan harga hartanah diramal bakal meningkat lebih cepat berbanding kawasan yang lain.)
LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN
Kotasas Kuantan

**Disclaimer – Ini hanyalah pandangan peribadi saya berkenaan LOKASI HARTANAH TERBAIK KUANTAN sepanjang penglibatan saya dalam bidang hartanah di Kuantan Pahang.


FIRDAUS HASHIM
📞 6010-228 9202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim