“PUAN, DUIT SAYA DAH KENA TOLAK BAYAR RUMAH, TAPI SAYA TAK DAPAT KUNCI LAGI.”

Antara situasi yang perlu dihadapi dan perlu difahami pihak pembeli, kenapa pinjaman dah mula bayar tapi kunci tak dapat lagi?

1⃣ Pihak bank berhak menuntut pembeli membuat sebahagian bayaran ansuran bulanan pinjaman seperti yang tertakluk didalam Surat Tawaran Pinjaman (LO) yang telah ditandatangani oleh pembeli.

2⃣ Pihak pembeli masih belum berhak mendapatkan kunci rumah tersebut kerana pendaftaran hakmilik ke atas nama pembeli masih belum dapat dilaksanakan di pejabat tanah sewaktu ini.

3⃣ Pihak penjual berhak untuk tidak menyerahkan milikan kosong rumah kepada pembeli kerana penjual masih belum menerima sepenuhnya bayaran harga jual tersebut dari bank pembeli.

Kesimpulan disini, secara asasnya pihak pembeli tiada hak untuk menuntut mendapatkan kunci awal, malahan tiada hak untuk menduduki atau membuat sebarang renovasi rumah selagi masih belum sempurna urusan pengeluaran pinjaman.

Namun, semuanya atas budibicara pihak penjual jika diberikan keizinan, dan kedua-dua belah pihak telah setuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan jika ada.


FIRDAUS HASHIM
📞 6010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim