
HIBAH BERSYARAT RUMAH BERCAGAR
“Rumah tu kalau dah tak ada hutang, barulah boleh nak hibahkan,” kata si Minah.
Hartanah bercagar adalah hartanah yang diserahkan hak pada institusi kewangan sebagai memberi jaminan kepentingan atau cagaran.
Hibah bersyarat merupakan salah satu jenis hibah, iaitu hibah yang bersifat sementara, dan bersyarat apabila berlaku kematian salah seorang pemberi atau penerima hibah.
HIBAH BERCAGAR
Bermaksud hibah ke atas harta yang masih dicagarkan dengan bank (pembiayaan) sebagai menjamin kepentingan peminjam. Atau institusi kewangan atau kerajaan yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.
Bezanya antara hibah bercagar dengan hibah tidak bercagar ini adalah soal pemilikan yang tidak sempurna atau belum mutlak. Selagi hartanah tersebut belum sempurna penyelesaian cagaran hutang kepada pemiutang, dan bersyarat.
Mengambil kira dari pandangan Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi yang membenarkan hibah bercagar ini dengan syarat mendapat keizinan dari institusi kewangan terbabit.
Hibah bagi harta bercagar ini mestilah mempunyai perlindungan pinjaman seperti Takaful yang melindungi keseluruhan jumlah dan tempoh ke atas pemilikan tersebut dan mengambil kira kelulusan dari pihak Mahkamah Syariah, serta syarat yang berlainan bagi tiap negeri.
Bayaran untuk membuat proses hibah bercagar atau tidak ini, bergantung pada pihak peguam yang anda lantik, ada yang telah tetapkan kadar caj ini, ada juga yang melihat pada nilaian hartanah yang dicagarkan itu, maksudnya semakin tinggi nilaian hartanah jadi semakin tinggi kos yang perlu dibayar untuk membuat hibah.
Hibah bukanlah menidakkan hak orang lain, cuma ia adalah hak si pemberi untuk berikan pada sesiapa dan merupakan instrumen yang dapat mengelakkan pertikaian pada masa akan datang.
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING / EJEN HARTANAH BERDAFTAR
FIRDAUS HASHIM
REN 39063
Legacy Real Property Sdn Bhd
Website: www.ejenhartanahkuantan.com
Facebook: Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Emel: ejenhartanahkuantan@gmail.com
H/P: 010-228 9202
Untuk melihat senarai hartanah, klik disini.
Sila klik butang untuk semak dan sah pendaftaran saya bagi mengelakkan anda ditipu oleh broker.
Che Muhammad Firdaus Che Hashim (REN 39063) sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
