FAEDAH LEWAT BAYAR 8% WAJAR ATAU TIDAK DIKENAKAN?

Pernah tak terfikir mana datangnya terma 8% ini wujud?

Kadar 8% ini sebenarnya merupakan kiraan daripada ‘economic rate’ yang diambil dari kadar keuntungan ASB yang dulu, dimana kadar dividen yang diberikan adalah 8% nilainya.

FAEDAH LEWAT BAYAR 8% WAJAR ATAU TIDAK DIKENAKAN?

Sebenarnya kes sebegini perlulah meneliti tempoh tertentu yang terlibat dalam proses jual beli yang berlaku sebelum kadar faedah lewat bayar ini dikenakan kepada pembeli.

Apabila penjual berniat untuk mengenakan kadar ini, peguam akan meneliti semula dari BERMULANYA tarikh ‘redemption’ dan geran (title) dari bank pihak penjual sehinggalah tarikh selesai (completion date) proses yang dinyatakan.

Cumanya untuk kes sebegini bagi klien Islam kita tidak mengalakkan untuk kenakan 8% faedah ini, atas dasar wujudnya unsur Riba.

Ada sesetengah peguam yang gantikan klausa faedah 8% ini kepada klausa Ta’widh iaitu kadar yang dikenakan sebagai pampasan tidak melebihi 1% sahaja.

TAPI perlu diingatkan juga, pihak pembeli juga boleh mengenakan faedah kelewatan ini bagi milikan kosong (vacant possession) iaitu 7 hari selepas penjual mendapatkan duit hasil jualan tersebut.

Kalau perkara boleh bawa bincang, kenapa perlu bergaduh?

Bersabarlah, file sekarang pun proses memang agak perlahan, kena fahami situasi global yang kita sedang alami, rujuk peguam anda.


FIRDAUS HASHIM
📞 6010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan Pahang
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim