Apakah Cara Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil?

Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil?

Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama. Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya. Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil. Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji. Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.


Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?

prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama

Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio. Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb). Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah: Gaji kasar x 30 /100. Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!


Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?

prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama

Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533. Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!


Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!

Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR).

Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira sama ada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama

Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.

Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).

Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan

Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?

Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar. Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah, termasuklah:

1) Yuran tempahan (booking fee)

prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama

Untuk menyatakan niat anda untuk membeli rumah tersebut, anda kena bayar yuran tempahan terlebih dahulu. Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman. Sekiranya, yuran ini berharga RM5,000, anda kena sediakan wang tersebut dalam bentuk tunai.


2) Bayaran pendahuluan (down payment)

Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman. Anda boleh tolak jumlah yuran tempahan tadi daripada downpayment ni. Dengan rumah berharga RM170,000 tadi, ini bayaran downpayment yang anda perlu sediakan dalam tunai: RM170,000 x 10/100 – RM5,000 = RM12,000


3) Memorandum Pemindahan (MoT)

prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama

Di sini akan ada duti setem untuk memindahkan hak milik kepada nama anda. Inilah caj yang akan dikenakan:

  • 1% bagi RM100,000 yang pertama
  • 2% bagi RM400,000 yang seterusnya
  • 3% bagi jumlah yang tinggal

4) Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

  • 1% bagi RM150 ribu yang pertama
  • 7% bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta)

Selain itu, akan ada caj tambahan, seperti berikut

  • Stamping untuk SPA: Biasanya dalam ratusan Ringgit
  • Duti setem untuk pinjaman: 5% daripada jumlah pinjaman
  • Yuran guaman untuk perjanjian pinjaman: Biasanya dalam ratusan Ringgit
  • Yuran pemindahan hak milik: Biasanya dalam ratusan Ringgit

Pendek kata, ini perkara yang anda kena sediakan duit siap-siap…

Apa kos beli rumah?2%-3% yuran tempahan
10% bayaran pendahuluan
MoT/ duti setem
Yuran guaman SPA

FIRDAUS HASHIM
REN 39063
Legacy Real Property Sdn Bhd
Website: www.ejenhartanahkuantan.com
Facebook: Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Emel: ejenhartanahkuantan@gmail.com
H/P: 010-228 9202

Untuk melihat senarai hartanah, klik disini.
Sila klik butang untuk semak dan sah pendaftaran saya bagi mengelakkan anda ditipu oleh broker.
Che Muhammad Firdaus Che Hashim (REN 39063) sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Kredit:
https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/cara-beli-rumah-pertama-dengan-gaji-kecil