BOLEHKAH RUMAH YANG MASIH BERCAGAR DIHIBAHKAN?
Hibah Bersyarat Rumah Bercagar

BOLEHKAH RUMAH YANG MASIH BERCAGAR DIHIBAHKAN?

“Rumah tu kalau dah tak ada hutang, barulah boleh nak hibahkan,” kata si Minah.

Hartanah bercagar adalah hartanah yang diserahkan hak pada institusi kewangan sebagai memberi jaminan kepentingan atau cagaran.

Hibah bersyarat merupakan salah satu jenis hibah, iaitu hibah yang bersifat sementara. Bersyarat apabila berlaku kematian salah seorang pemberi atau penerima hibah.

Hibah bercagar ini bermaksud hibah ke atas harta yang masih dicagarkan dengan bank (pembiayaan). Sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan. Atau kerajaan yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.


Bezanya antara hibah bercagar dengan hibah tidak bercagar ini adalah soal pemilikan yang tidak sempurna atau belum mutlak selagi hartanah tersebut belum sempurna penyelesaian cagaran hutang kepada pemiutang, dan bersyarat.

Mengambil kira dari pandangan Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi yang membenarkan hibah bercagar ini dengan syarat mendapat keizinan dari institusi kewangan terbabit.


Hibah bagi harta bercagar ini mestilah mempunyai perlindungan pinjaman seperti Takaful yang melindungi keseluruhan jumlah dan tempoh ke atas pemilikan tersebut dan mengambil kira kelulusan dari pihak Mahkamah Syariah, serta syarat yang berlainan bagi tiap negeri.

Bayaran untuk membuat proses hibah bercagar atau tidak ini, bergantung pada pihak peguam yang anda lantik, ada yang telah tetapkan kadar caj ini, ada juga yang melihat pada nilaian hartanah yang dicagarkan itu, maksudnya semakin tinggi nilaian hartanah jadi semakin tinggi kos yang perlu dibayar untuk membuat hibah.

Hibah bukanlah menidakkan hak orang lain, cuma ia adalah hak si pemberi untuk berikan pada sesiapa dan merupakan instrumen yang dapat mengelakkan pertikaian pada masa akan datang.


BOLEHKAH RUMAH YANG MASIH BERCAGAR DIHIBAHKAN? Hubungi saya.

FIRDAUS HASHIM
📞 010-2289202
Jururunding Hartanah Berdaftar
REN 39063
Website : www.ejenhartanahkuantan.com
FB page : Firdaus Hashim – Ejen Hartanah Kuantan
Legacy Real Property Sdn Bhd (Kuantan)
https://mylink.la/firdaushashim